contact
Test Drive Blog
twitter
rss feed
blog entries
log in

Saturday, December 25, 2010


Kejutan besar dari Qatar. Apa tidaknya, ketika negara lain sibuk membangunkan stadium di permukaan tanah, Qatar sebaliknya bakal melancarkan projek gila  stadium mewah yang berada di bawah tanah. Inilah stadium pertama di dunia yang bakal dibangunkan di bawah tanah. Bukan hanya sekadar stadium biasa, ia bakal  dikelengkapi dgn fasiliti berkelas dunia. Salah satunya adalah stadium ini bakal disejukkan dengan "air conditioning" di tempat duduk penonton keseluruhannya. Penonton akan berasa nyaman walaupun stadium penuh sesak.


Qatar seolah-olah ingin memanjakan semuanya, bukan setakat penonton tapi juga pemain, ini kerana fasiliti yang disediakan benar-benar menyamankan orang yang berada di dalamnya. Ini merupakan salah satu langkah Qatar untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 mendatang yg mana proses membida dan undian telah diadakan bulan lepas. Khabarnya, pembangunan akan dimulakan awal tahun depan. Ini merupakan perjalanan yg panjang dan rumit.  Untuk makluman, stadium raksasa ini akan dibangunkan di 'bawah tanah' ibukota Qatar, yakni, di Doha.


Dikala semua orang terpaku menyaksikan pertunjukan stadium2 canggih yg bakal dibina di permukaan tanah oleh negara2 pembida yg tidak mahu berusaha mencari idea lebih kreatif, Qatar muncul mendahului dan mengejutkan pembida yg laen lantas menidakkan peluang England dalam pembidaan ini dengan menghadirkan idea menjadi negara pertama yg memiliki stadium mega bawah tanah. Satu langkah besar dan semestinya bakal dicatat dan dikenang dunia sepanjang zaman.


Bayangkan, betapa rumitnya pembangunan stadium sukan tersebut kerana kedudukannya di bawah tanah. Bayangkan juga brapa tinggi kos yang bakal ditanggung utk projek ini. Tetapi semua itu tidak akan menjadi masalah kpd Qatar kerna sudah diketahui umum negara telaga minyak itu bakal menjadi begitu bangga kerna menjadi negara teluk pertama menganjurkan pusingan akhir piala dunia.



Walaubagaimanapun, stadium ini hanya mampu memuatkan 11,000 tempat duduk. Suatu kapasiti penonton yang agak kecil utk sebuah kejohanan besar. Walau apa pun, ini adalah satu usaha yg tersangat2 kreatif bagi menarik perhatian pengundi2 agar Piala Dunia dapat hadir ke bumi Qatar.

0

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My HOMEtown

My HOMEtown

Turut Terbang:

Kejor Yeop Kejor

Kejor Yeop Kejor

Waktu Solat


LiverBird

Photobucket

My OLd Friends

My OLd Friends

List Penerjah: